Menjadikan Sekolah Menengah Kebangsaan Kemabong, Tenom sebagai wahana terbaik dlam sistem pendidikan negara yang berkemampuan membina insan campin yang memiliki ketajaman minda, kecemerlangan ilmu, ketinggian sahsiah, kemurnian rohani, kewibawaan kepimpinan dan ketegaran patriosme bagi memenuhi aspirasi dan wawasan agama, bangsa dan negara dalam persaingan global.
MISI SMK KEMABONG, TENOM | | |||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Bentuk Atas | : | Mirip kepada bumbung rumah tradisi suku kaum Murut yang melambangkan keteguhan dan kecekalan hati masyarakat dan pelajar mendapatkan pendidikan |
. | ||
Lengkung di bahagian bawah dengan dua kaki satu di kiri dan satu di kanan | : | Menunjukkan perletakan sekolah ini di tengah lembah yang dikelilingi oleh bukit-bukau. Kaki melambangkan keteguhan dasarnya walaupun di atas kawasan berair |
. | ||
MAKSUD GABUNGAN LOREKAN DI DALAM LENCANA | ||
1. Obor | :a) b) c) d) | Melambangkan individu itu bagaikan suluh kepada generasi atau individu yang masih eliterasi Semangat masyarakat yang membara mahukan anak-anak mereka mendapat pendidikan yang sempurna demi masa depan yang gemilang. Garisan-garisan cahaya pada obor, menunjukkan kesanggupan pelajar yang telah menerima pendidikan menyebarkan ilmu kepada pelajar lain. Sekolah ini bagaikan satu cahaya yang mampu menyinari masa depan masyarakat serta anak didik di sekolah ini. |
2. Buku | :a) b) c) d) | Lambang gedung ilmu yang perlu diterokai oleh semua orang tanpa mengira kedudukan atau latar belakangg kaum. Kesanggupan masyarakat menerima pendidikan dengan kerelaan hati mereka. Silinder dan jangka sudut yang terdapat di dalam buku tersebut melambangkan penumpuan masyarakat dan pelajar dalam bidang sains, matematik dan teknologi. Gunung, melambangkan keteguhan semangat pelajar dan masyarakat untuk mendapatkan pendidikan tanpa mengira perletakan lokasi sekolah ini yang jauh di pedalaman. |
3. Tiga gelung dengan tiga warna yang berbeza | :a) b) | Melambangkan kerjasama tiga suku kaum yang terbesar di Kemabong dengan adat tradisi yang berbeza. Mereka bersatu untuk membina dan memajukan masyarakat. Suku kaum tersebut ialah Murut, Dusun dan Lundayeh.. Tiga warna yang berbeza menunjukkan tiga buah rumah sukan yang pertama iaitu Rumah Hijau, Merah dan Biru. |
. | ||
MAKSUD WARNA LENCANA SEKOLAH | ||
1. Putih | Kesucian hati masyarakat menerima ilmu tanpa mengira suku kaum dan asal-usul tenaga pendidiknya. | |
2. Kuning | Keikhlasan dan kesanggupan mematuhi konsep kenegaraan yang diperkenalkan di sekolah ini selaras dengan prinsip RUKUNEGARA. | |
3. Merah | Keberanian menghadapi cabaran atau rintangan yang menghalang sebarang proses pendidikan untuk mencapai kejayaan dalam bidang pendidikan. | |
4. Biru | Lambang perpaduan pelbagai suku kaum yang terdapat di Kemabong-hidup aman, damai, tenteram dan sejahtera. | |
5. Hijau | a) b) | Melambangkan kekayaan persekitaran sekolah ini dengan flora semulajadi yang menyumbang ketenangan dan kekuatan berfikir. Melambangkan semangat persaingan di kalangan pelajar untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang. |
6. Coklat | Melambangkan keteguhan budaya tradisi tempatan yang menjadi amalan pelajar dan masyarakat bagi membendung budaya tidak bermoral. |
No comments:
Post a Comment