24 May 2007

Photo Hari Guru SMKK 2007

Selamat Hari Guru 2007!

Setiap tahun, para guru di seluruh Malaysia merayakan hari guru pada 16 Mei. SMK Kemabong, Tenom telah mengadakan perayaan ini pada 23 Mei 2007, bersamaan hari Rabu, iaitu perayaan tahunan hari guru sekolah ini yang dianjurkan oleh Pengawas Sekolah.

Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan sempena perayaan hari guru kali ini. Antaranya adalah senam aerobik guru-guru, sukaneka, perlawanan persahabatan bola sepak guru-guru, perlawanan Badminton, perlawanan persahabatan Bola Jaring, persembahan karaoke & 'live-band', anugerah-anugerah guru cemerlang, guru tegas, guru serba boleh, guru penyayang, guru ceria, guru lawak (kah, kah..kah!), guru bergaya dan sebagainya. Apa yang 'istimewanya' adalah pelajar sendiri yang 'mengundi' kategori anugerah ini....

Pada sebelah malam pula, diadakan Jamuan Guru-guru sempena Hari Guru, anjuran Kelab Keluarga. Masa ini bukan saja banyak hadiah...banyak makan juga!

Guru-guru sedang senam aerobik diiringi dengan muzik rancak2!!

Pose guru-guru: Wah, pemangku pengetua pun tabik 'peace'!

Pelajar-pelajar yang sporting...sentiasa memberi sokongan!

Perlawanan persahabatan bola jaring antara guru-guru perempuan!

Sukaneka: aktiviti meniup tepung...mencari duit dalam tepung.

Guru-guru lelaki dalam perlawanan persahabatan bola sepak!

Ucapan Pemangku Pengetua & Ketua Pelajar sempena Hari Guru peringkat sekolah. Simple tapi banyak amanatnya...

Inilah ikrar kami...guru-guru Malaysia...

Hehehe...potong kek, tanda rasminya hari guru peringkat sekolah tahun 2007!

Oh ya, ada kejutannn juga! Beberapa bekas pelajar SMK Kemabong yang belajar di beberapa universiti tempatan, turut datang mengunjungi guru-guru mereka! Eh, semakin lawa pula students saya ini apabila sudah bergelar siswi!!....

Jamuan makan malam, anjuran Kelab Keluarga SMKK.

Potong kek! Hari ini 3 kali peristiwa potong kek di sekolah...

Makan...yang istimewanya, kebanyakan masakan pelajar...

1 comment:

andrene said...

Good good good..........
Betapa majunya smk kemabong!!!!