07 June 2007

SMK KEMABONG, TENOM


Selamat datang ke SMK Kemabong, Tenom, Sabah. Sekolah indah, permai dan aman damai dengan persekitaran semula jadi yang nyaman. Nikmati kenyamanan sekolah yang dikelilingi dengan keindahan alam semula jadi.



Alamat SMK Kemabong:

Peti Surat 281,
SMK Kemabong, 89908 Tenom
Tel: 087-737299
Blogs: Http://www.smkkemabong.blogspot.com
Sub-web: Http://smkkemabong.2icv.com

SMK Kemabong, Tenom, mempunyai kelas dari tingkatan 1 hingga tingkatan 6 Atas. Jumlah pelajar meningkat setiap tahun. Pada tahun 2007, jumlah pelajar mencapai 1,467 orang. Jumlah kakitangan menagajar pula adalah 86 orang guru (96 % daripadanya adalah memiliki sekurang-kurangnya ijajah pertama).


Latar Belakang SMK Kemabong, Tenom
SMK Kemabong, Tenom mula beroperasi pada tahun 1974. Pengambilan pertama adalah untuk Tingkatan Satu sahaja. Pada tahun pertama pembukaannya, hanya terdapat 22 orang pelajar sahaja melibatkan 12 orang pelajar lelaki dan 10 orang pelajar perempuan. En. Awang Besar Bin Haji Abu Bakar dilantik sebagai pengetua pertama sekolah ini. Pada mula operasinya, sesi pembelajaran diadakan dengan meminjam bangunan SK Kemabong. Bangunan sekolah ini dibina pada tahun 1940 ketika pemerintahan Kolonial British (Crown Colony) dan merupakan sekolah kedua dibina di daerah Tenom.

Pembinaan bangunan sekolah ini mengambil masa selama dua tahun disebabkan masalah pengangkutan. Sekolah ini diasaskan oleh O.K.K. Dualis. Pada ketika itu, sekolah ini dikenali sebagai “Government Primary School” atau GPS. Perasmian sekolah ini telah disempurnakan oleh Tuan Cipeck selaku Pegawai Daerah Tenom masa itu. Kebanyakan pelajar sekolah ini terdiri dari suku kaum Murut dan Lundayeh. Terdapat juga pelajar dari suku kaum Cina, Dusun dan lain-lain. Oleh kerana tidak ada asrama disediakan, para pelajar terpaksa berjalan kaki ke sekolah. Ada juga menunggang basikal dan berperahu ke sekolah kerana mereka terpaksa menyeberangi Sungai Pedas.

Pada tahun 1987, SMK Kemabong berpindah ke bangunan baru. Kawasan sekolah yang meliputi hampir 35 ekar ini terletak berhampiran dengan Pekan Kecil Kemabong. Kos pembinaan sekolah ini dianggarkan RM 14 juta. Pada tahun 1986, bangunan ini telah siap sepenuhnya dan mula digunakan pada bulan Januari 1986. Sekolah baru ini boleh menampung pelajar lebih 1000 orang dan kemudahan asrama disediakan. SMK Kemabong merupakan sekolah menengah yang terbesar di kawasan pedalaman Negeri Sabah.

KEDUDUKAN:
SMK Kemabong, Tenom terletak di Daerah Kecil Kemabong (Daerah Tenom), iaitu di Resedinsi Pedalaman Keningau. Jarak SMK Kemabong dari Tenom ialah 31 KM, Kemabong – Keningau lebih kurang 76 KM. SMK Kemabong boleh dihubungi melalui jalan raya dari Tenom – Kemabong (jalan beraspal) atau dari Sipitang – Kemabong.

Keluasan:

SMK Kemabong terletak di tapak seluas 35 ekar dalam Daerah Kecil Kemabong. Kawasan sekeliling sekolah ini adalah perkampungan suku kaum Murut, dan Lundayeh serta beberapa pejabat atau agensi kerajaan seperti Dispensari Kesihatan Kemabong, Tabika Kemas, Jabatan Haiwan, Jabatan Pertanian. SEDCO, Dewan Sri Ontoros, dan Sabah Electrical Sdn. Bhd (SESB)


SESI PERSEKOLAHAN

1. SMK Kemabong, Tenom mengamalkan sesi persekolahan dua sidang iaitu sidang pagi dan sidang petang



Pembahagian Masa Pembelajaran Sidang Pagi

Isnin hingga Khamis, *Jumaat (awal 2 masa)

7: 10 hingga 9:50 Pagi
(4 masa)

Rehat
(9:50 - 10:10)

10:10 hingga 12:30 Tengah hari
(5 masa)


Pembahagian Masa Pembelajaran Sidang Petang

Isnin hingga Khamis, *Jumaat (awal 2 masa)

12: 30 hingga 2:40 Petang
(4 masa)

Rehat
(2:40 - 3:00pm)

2:40 hingga 5:30 Petang
(5 masa)


2.

Setiap Khamis: Aktiviti Kokurikulum


5 comments:

Unknown said...

smk kemabong nampak perubahan yang nyata berbanding mula2 saya mengajar di situ. SMKK banyak memberi saya mengalaman mengenal budaya masyarakat murut dan lundayeh. Saya masih ingat beberapa nama rakan setugas ketika itu spt cikgu fred, marias, ngiloh, shaming dll. Juga staf spt ampiu, janirin,angau dan lainnya. Harapan saya suatu hari nanti akan nak datang ke kemabong melihat sendiri pembangunan di situ dan berjumpa dgn kawan2 lama dan anak murid yang sudah jadi bapak murid

Ibnu Batutah said...

Saya terperanjat melihatkan perkembangan di SMK Kemabong.Saya pernah ke sini pada tahun 82-86.Tahniah.

Ibnu Batutah said...

Saya mengharap Cikgu Tarmizi,Cikgu Nadzri,Cikgu A.Aziz Kelantan,Cikgu Tarman,Cikgu Duraman akan melihat perubahan di SMK Kemabong.Bermula dari sebuah sekolah yang kini sudah besar membangun.Mereka mula mengajar di sini mulai tahun 80an.Aku selalu datang berihat di sini untuk menyedut orang segar dan mendakap kesunyian malam.

fa'ain said...

membwa seribu kejayaan... smk kemabong tdk penah luput dr ingtan mengajar saya mengenali erti sebuah kejayaan,, insyAllah apabila menjadi perntadbir awam kelak,, smk kemabong akan menerima arus perubhan dr semasa ke semasa...

fa'ain said...

smk kemabong dalam kenangan terlalu banyak kenangan di smk kemabong,, kini kerana sekolah ini saya telah berjaya menjejaki kaki ke menara gading,, InsyAllah apabila menjadi pentadbir awam kelak ak kemabong akan mengalami arus perubahan dari semasa ke semasa...